BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 28, 2009

PENDIDIKAN ANAK


Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita ingin memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Dan hal ini dapat di lakukan dengan pelbagai cara, memilih sekolah yang bagus untuk anak-anak kita, menerapkan teknik pembelajaran yang sempurna dan sebagainya.

Pendidikan anak juga sepatutnya bermula dari rumah lagi, malah sewaktu anak-anak kita bermain di taman permainan juga kita sepatutnya menerapkan nilai-nilai pendidikan untuk anak kita. Dari segi cara mereka beradaptasi dan dari segi sosiologi dengan rakan sebaya di samping tujuan-tujuan lain seperti bermain, berkongsi dan merasakan “menang dan kalah” di samping melatih kretiviti anak, melatih menjaga prilaku dan tahap kekasaran pergaulan sesama rakan.

Sebagai ibu bapa, kita hanya berusaha membangunkan asas pendidikan yang kuat untuk mereka termasuk mental-spiritual dan kita juga harus memberi teladan yang baik untuk anak kita.

Demi untuk pendidikan anak-anak juga kita tidak hanya memikirkan IQ anak saja tetapi kita berusaha membentuk keseimbangan antara IQ dan EQ (kecerdasan emosional seseorang yang dipengaruhi oleh lingkungan), kerana dengan EQ tinggi anak diharapkan dapat menghadapi kesukaran dalam segala masalah hidup dengan bijak walaupun anak itu hanya memiliki IQ yg rendah, dia mampu menghadapai kegagalan dan belajar mengambil teladan dari kegagalan tersebut. Pada seseorang yang memiliki EQ rendah sedangkan berIQ tinggi, atau di atas rata – rata akan mempunyai kecenderungan yang tidak sihat untuk menguasai emosi.

Apapun usaha dan harapan kita sebagai ibu bapa pada anak-anak, harus diingat bahawa itu adalah kehidupan anak-anak kita dan bukan milik kita, kita sepatutnya membimbing mereka untuk membuat pilihan yang betul dan bukan mendesak anak-anak kita untuk mengikut kemahuan kita. Semua orang/ibu bapa inginkan anak-anak mereka kreatif dan boleh berdiri atas kaki sendiri.

Sekian.

0 comments: