BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 28, 2009

CrEaM cArAmEl....




CREAM CARAMEL

Karamel
100 gm gula castor
60 ml air

Panaskan gula castor dan air di dalam bekas (seeloknya acuan kuih sendiri) dengan api yang perlahan....biarkan sehingga semua gula larut dan seterusnya ia bertukar ke warna dark brown. Sekali sekala goyang2kan acuan untuk meratakan gula tadi. Tak perlu dikacau. Biarkan ia larut sendiri. Kemudian angkat, dan sejukkan sebentar di dalam peti sejuk. Sekadar 5-10 minit sahaja sehingga karamel itu keras sedikit. (Untuk mempercepatkan proses, letak bekas dalam acuan lain yang berisi air sejuk). Boleh lengser sedikit mentega di tepi acuan supaya proses mengeluarkan nanti menjadi lebih mudah.

Bahan Kastard

2 biji telur 4 biji merah telur 115 gm gula castor 1/2 sudu teh esen vanila 500 ml Susu Segar/UHT Milk - dipanaskan bersama sedikit kulit limau nipis

Cara Penyediaan

Letakkan semua telur, gula, esen vanila ke dalam bekas. Kacau dengan perlahan sahaja sehingga gula larut. Sementara itu, panaskan susu (tidak perlu sampai menggelegak) dan tuangkan ke dalam adunan tadi sambil dikacau. Tapiskan adunan ini dan tuang ke atas karamel yang telah beku tadi. Sementara itu, jgn lupa panaskan oven bersama sebekas air (utk tujuan steam bath) atau boleh gunakan air panas. Letakkan acuan tadi ke dlm bekas berisi air panas dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Jika nampak adunan masih bergoyang, tambahkan masa sedikit. Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk. Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan.

0 comments: